SULALAT AS-SALATIN
Dikenali juga sebagai
Sejarah Melayu. Naskhah tertua ini pernah ditemui dikarang di Johor pada tahun
1612. Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang dititahkan Sultan mengarang
“diperbuatkan perteturun segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya, supaya
didengar oleh anak cucu kita kemudian dari kita dan diketahuinyalah segala
perkataan, syahadan beroleh faedahlah mereka itu daripadanya” . Episod-episod
yang dipaparkan memberi maklumat penting tentang raja-raja Melayu serta adat
istiadatnya, juga peristiwa-peristiwa bersejarah dalam kerajaan Melayu Melaka
dan tanah jajahannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum. Dah baca kandungan, boleh tinggalkan komen. Terima kasih.