HIKAYAT PANJI JAYENG
KUSUMA
Hikayat Panji Jayeng Kusuma
(HPJK) merupakan sebuah cerita panji yang ditulis dalam bahasa Melayu.
Unsur-unsur utama yang diketengahkan dalam buku ini ialah percintaan,
pengembaraan dan peperangan. Percintaan dalam HPJK berlangsung antara anak-anak
raja dari beberapa buah kerajaan, seperti Kuripan, Daha, Gagelang, Singasari,
Manjapahit (Majapahit) dan Lasem. Semua anak raja ini telah ditunangkan sesama
mereka sejak kecil lagi. Raden Inu Kerta Pati, sebagai wira dalam cerita ini
telah ditunangkan dengan Raden Galuh Candera Kirana, wirawatinya. Namun, akibat
tersilap mendapat gambaran tentang rupa paras Raden Galuh Candera Kirana, Raden
Inu Kerta Pati telah memutuskan pertunangan mereka, sebaliknya berkahwin pula
dengan anak raja Singasari, Raden Galuh Lasmi Ningrat. Walau bagaimanapun,
Raden Inu Kerta Pati akhirnya mengetahui rupa paras sebenar Raden Galuh Candera
Kirana selepas berangkat ke Daha untuk menghadiri perkahwinan Raden Galuh
Candera Kirana. Raden Inu berazam untuk mengambil semula tunangnya itu, tetapi
gagal apabila Raden Galuh Candera Kirana menghilangkan diri. Ekoran daripada
peristiwa itu bermulalah pengembaraan mereka mencari Raden Galuh Candera
Kirana. Sepanjang pengembaraan ini, berlaku pelbagai peristiwa yang menarik
seperti peperangan, penjelmaan, penyamaran dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum. Dah baca kandungan, boleh tinggalkan komen. Terima kasih.