CERITA JENAKA MELAYU
CERITA JENAKA MELAYU
Dalam edisi karya agung
ini, termuat sebelas buah cerita jenaka Melayu, iaitu Hikayat Sang Kancil,
Pelanduk dengan Anak Memerang, Pak Kaduk, Lebai Malang, Pak Pandir, Pak
Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Hikayat Pelanduk Jenaka, Hikayat Musang
Berjanggut dan Hikayat Abu Nawas. Fungsi Cerita Jenaka bukan sahaja sekadar
hiburan malah menjadi alat penyampaian ilmu yang biasanya disampaikan oleh
tukang cerita dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Begitulah salah satu
cara orang Melayu dahulu kala menyampaikan sesuatu ilmu atau pengajaran, iaitu
melalui cerita. Misalnya daripada cerita Pak Kaduk, pengajaran atau ilmu yang
ditinggalkan ialah “Menang Sorak Kampung Tergadai”. Melalui cerita ini, kita
dapat melihat bagaimana orang desa yang tidak “berkuasa” tidak mempunyai
pilihan apabila berhadapan dengan pihak yang berkuasa sehingga dia terpaksa
menyerahkan atau menukarkan “hak”nya atau asetnya (iaitu ayam sabung yang
jaguh) dengan “aset” yang tidak berharga milik pihak berkuasa. Cerita ini
menggambarkan kebijaksanaan rakyat, iaitu orang Melayu mentafsirkan keadaan
sosial dan struktur kuasa masyarakatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum. Dah baca kandungan, boleh tinggalkan komen. Terima kasih.