HIKAYAT ACEH
Dihasilkan pada zaman
pemerintahan Sultan Iskandar Muda Aceh (1606-1636) sewaktu berlakunya
pertumbuhan fikrah dan wacana ilmu yang pesat dalam sejarah & kesusasteraan
Melayu. Aceh merupakan pusat tamadun Melayu-Islam yang besar & kuat selepas
kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Dalam hikayat ini pembaca dapat melihat sejarah
kebesaran kerajaan Melayu-Islam Aceh pada zaman itu, perhubungannya dengan
dunia luar, khususnya dengan negeri-negeri dari dunia Asia-Barat,
pertembungannya dengan kuasa-kuasa luar dari Eropah (Portugis & Belanda). Karya ini dikarang dalam bahasa Melayu, bukan
dalam bahasa Aceh atau bahasa Arab, membuktikan bahawa bahasa Melayu menguasai
rantau ini dalam pertumbuhan kegiatan penulisan & pemikiran yang luar biasa
hasil tamadun yang tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum. Dah baca kandungan, boleh tinggalkan komen. Terima kasih.