BUSTAN AL-KATIBIN
Bustan al-Katibin
merupakan sebuah karya paling awal tentang bahasa Melayu yang disusun oleh
seorang ilmuwan dan budayawan Melayu ulung, Raja Ali Haji. Kitab ini selesai
dikarang pada 15 September 1850. Raja Ali Haji menekankan bahawa perkara paling
utama yang harus dipelajari oleh orang Melayu tentang bahasanya ialah ilmu yang
terkandung di dalamnya, kerana bahasa padanya ialah alat dalam sistem pemikiran
yang digunakan secara kreatif oleh manusia untuk mencapai ilmu yang benar
tentang alam ciptaan Allah. Dengan mengikuti adab dan syarat menuntut ilmu,
pembelajaran bahasa Melayu mampu melahirkan penutur yang bukan sahaja fasih
bercakap tetapi bercakap dengan budi bahasa dan adab sopan yang mutlak dengan
ilmu yang sahih dan benar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum. Dah baca kandungan, boleh tinggalkan komen. Terima kasih.