Assalamualaikum wbt... hari ni saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya ditemuduga untuk mendapatkan jawatan guru MARA di pulau pinang... Baiklah, temuduga guru Mara ini terbahagi kepada empat peringkat..
iaitu :
i. Fitness test, iaitu lari lari lari dan lari sampai penat...
ii. Temuduga dengan beberapa orang panel... masuk 4 atau 5 orang sekali gus...
iii. mikro teaching... acah2 mengajar la...buat rph, bawa abm dan sewaktu dengannya...
iv. ujian psikometrik...jawab soalan secara online...
first, macam biasa, dapat mesej daripada pihak Mara yang mengatakan bahawa saya telah berjaya mendapat panggilan temuduga... mesej tersebut meminta saya untuk membuat semakan dengan lebih lanjut di laman web Mara utk download apa yang patut untuk dibawa pada hari temuduga. Download, print dan isi borang2 yang diberi...bawa pada hari temuduga...
okeh... hari temuduga, korang kena pakai pakaian yang sesuai... untuk tahun 2016, korang dikehendaki untuk memakai pakaian sukan...sebab paling awal sekali korang dikehendaki untuk membuat fitness test... nak lariiiii...nak lariiii... memang semput weh... dan trdapat beberapa orang yang memang vavavooom kuat....lama gila dia lari...respect uols yang kuat dan mempunyai stamina yang tinggi....
But, sebelum lari, korang akan diberi taklimat terlebih dahulu...selepas itu, korang berjalan beramai-ramai ke arah padang...di padang, korang kena tunggu giliran untuk lari... takde senarai nama,,, first come first serve lah... cepat siap, cepat korang gerak ke tempat seterusnya...
Selesai berlari-lari, terus ke bangunan blok dimana tepat untuk temuduga dan mikroteaching...eh, sebelum itu, tukar dulu pakaian formal sebagai seorang guru... jangan masuk bilik temuduga dengan pakaian sukan pulak ye..hahaha...
oke, saya telah masuk ke dalam bilik temuduga terlebih dahulu....Antara soalan yang saya ingat ialah
a. kenalkan diri dalam masa 10 saat (masa ni semput lari tak habis lagi, nak berkejar masa kenalkan diri pulak...10 saat je ok, 10 saatttttt...tak leh lebih...)
b. kenapa nak jadi guru?
c. apa kelebihan awak?
d. selain dari bidang pendidikan, apa lagi yang Mara tekankan?
e. bahan bacaan terakhir yang awak baca?
f. pengalaman bekerja?
g. solat jenazah ada berapa rakaat?
h. kalau esok awak akan mati, apakah yang akan awak lakukan pada hari ini?
i. soalan bahasa inggeris (apa yang awak akan lakukan di sekolah untuk tingkatkan bidang keusahawanan dalam kalangan pelajar?
j. Hari raya Haji tahun ini berapa haribulan? bulan Islam...
k. Bulan ini bulan apa dalam kalendar Islam?
Nampak tak bentuk soalan yang telah kumpulan kami kena jawab??? itu je yang saya ingat...sebenarnya ada lagi soalan tu...banyak....soalan tak terjangka,,,jadi, pada awak2 yang bakal ditemuduga, pastikan dalam minda ada semua perkara...
Kemudian, saya keluar dari bilik temuduga dengan perasaan yang sukar diungkap sebab soalan soalan yang begitu padu...hihihi...kini, giliran untuk membuat mikroteaching.... Masa ni ramai orang yang membantu saya... terima kasih pada cikgu Rozila Rodzi yang banyak membantu....dari awal sampailah akhir....saya sangat menghargainya...
Mikro teaching yang saya buat ialah tentang tatabahasa... jenis ayat...saya gunakan audio daripada cerita upin ipin untuk membezakan jenis-jenis ayat dalam bahasa Melayu... Alhamdulillah...mikro teaching ok...huhuhu... maafkan saya cikgu rodzi, kerana saya telah memilih untuk bekerja dengan KPM...bukan dengan MARA...tapi kenangan dengan MARA amat bermakna kepada saya...
Kemudian, ujian psikometrik...untuk ujian psikometrik, korang dikehendaki untuk menjawab soalan secara online pada hari yang lain....kena sentiasa semak laman web mara untuk mengetahui tarikh dan masa,..biasanya mara akan hantar mesej..jadi, tak perlu risau...
bila korang buka laman web ujian psikometrik, korang akan dapat lihat ini
195 soalan dalam masa satu jam....antara bentuk soalan yang ditanya adalah seperti berikut....saya sempat snap gambar sambil2 jawab tu,...hihihi.... saya letak sebahagian sahaja ye...sebab pic yang lain tak jelas pulak....harap dapat membantu semua...
ok..done.... semoga bermanfaat... sebarang soalan boleh komen di bawah... >_<
Assalamualaikum .Result dah keluar ke?
BalasPadamAssalamualaikum .Result dah keluar ke?
BalasPadamresult masih belum keluar lagi...
PadamSalam nak tanya, masa cik minta mara, dah pergi iv kpm ke. Dan berapa lama tempoh keputusan iv mara dikeluarkan?
BalasPadamterima kasih ye atas perkongsian
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam Cik Nurul... ada alamat emel / fb yg boleh dihubungi tak?
BalasPadam