HIKAYAT INDERA PUTRA
Sebuah karya agung
Melayu genre cerita lipur lara yang terkenal dan tersebar luas pada abad ke-17
hingga ke-19, terbukti dengan terdapatnya naskhah karya ini dalam versi-versi
Aceh, Jawa, Lombok, Bugis, Makasar, Cam dan Mindanao. Inderaputera, watak utama
hikayat ini, diandaikan sebagai seorang pengembaraan sufi mencari kebenaran
Ilahi. Di samping kisah percintaan dan pengembaraan, karya ini merupakan sebuah
karangan yang penuh dengan nada mengajar dan sebuah epik yang menyanjung
seorang wira yang berjaya melepasi pelbagai rintangan sebelum mengasaskan
dinasti raja tempatan.